Geodetik
OBJEKTIF
Memberikan maklumat geomatik yang tepat dan terkini
Unit:-
Astronomi
- Perkhidmatan Penentuan Hala Kiblat
- Merukyah Awal Bulan Hijrah
- Bantuan Teknikal : Melihat Anak Bulan bagi menentukan Awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah
- Membuat kiraan waktu Solat Dan takwim Hijrah
- Membuat Cerapan Fenomena Alam seperti Gerhana Matahari, gerhana Bulan, Lintasan Planets, supermoon serta memberikan kesedaran kepada orang awam dan penuntut-penuntut mengenai Astronomi
Geodetik
- Cerapan GNSS yang memberikan kordinat X, Y dan Z yang berkejituan tinggi
- Pengukuran Trabas bagi Kelas Pertama
- Pengukuran Aras Biasa dan Jitu bagi mendapatkan ketinggian tanah
- Penanaman dan pemeliharaan Stesen Geodetik
- Perkhidmatan langganan Continuously Operating Reference Stations (CORS)secara online
- Membantu agensi-agensi penguatkuasaan dalam pengesahan ” Administrative Boundaries”
Pengurusan Data Geomatik
- Pembekalan dan pengeluaran Maklumat Geomatik seperti Pelan Ukur, Lembaran Piawai (RSO Sheet), Buku Ramalan Pasang Surut, Carta Navigasi, Buku Sempadan Mukim, Buku Ukuran dll. melalui Pusat Maklumat Geomatik
- Mengemaskini Pangkalan Data Stesen Geodetik
- Pendaftaran dan Penyimpanan SP ke dalam Pusat Maklumat Geomatik
- Mengimbas dan membuat Barcoding semua maklumat geomatik yang diterima sebelum penyimpanan ke PMG.
- Menerima dan Memberi Ulasan bagi permohon “Permit to Dig dan Ease of Doing Business”
