Pengukuran Kadasteral

OBJEKTIF

Memastikan Pengukuran Kadasteral yang Tepat dan Terikini & Mengawalselia Perlaksanaan Pengukuran Juruukur Tanah Berlesen.

Tugas & Tanggungjawab

  1. Penyediaan Maklumat Ukuran
  2. Taksiran Perbelanjaan Pengukuran
  3. Pengukuran Tanah Kadasteral
  4. Penghitungan Maklumat Kadasteral Luar
  5. Pemeriksaan Tapak
  6. Mengawalselia Pengukuran Tanah & Strata Juruukur Tanah Berlesen
  7. Urusetia Lembaga Juruukur Tanah Berlesen

Perkhidmatan:

  • Pengukuran Tanah
    • Melaksanakan pengukuran luar untuk menentukan titik sempadan lot-lot tanah.
    • Memantau dan menjalankan kerja-kerja pengukuran tanah bagi Gazette (GR), Pengambilan Tanah Kerajaan (AQ), Gantian Tanah (LA), Lesen Tumpang Sementara (LTS), Penggeranan Tanah (PT), Gazet Terkawal (GT) dan sebagainya
  • Pemeriksaan Tapak
    • Melaksanakan pemeriksaan ke tapak-tapak bagi tujuan ulasan dan pandangan yang diperlukan dari agensi-agensi berkenaan.
    • Melaksanakan pemeriksaan ke tapak-tapak aduan dari agensi berkenaan dan orang ramai.
  • Juruukur Tanah Berlesen
    • Mengawas dan menyelia kerja-kerja pengukuran tanah, topografi dan strata yang dijalankan oleh Juruukur Tanah Berlesen
    • Penyemakan maklumat topografi dan pengukuran strata yang dijalankan oleh Juruukur Tanah Berlesen
    • Menyediakan tender/sebutharga bagi kerja-kerja pengukuran ke Juruukur Tanah Berlesen
    • Mengawalselia Juruukur Tanah yang Berlesen di Negara Brunei Darussalam
    • Urusetia Lembaga Juruukur Tanah Berlesen