http://mail.gov.bn

 

 
 

 
 

Skim Cadangan Pembaikan atau lebih dikenali dengan SCP adalah satu skim yang diharap akan dapat membantu jentera jabatan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih teratur, berkesan bagi mencapai kemajuan dan kecemerlangan disemua aspek.

Ianya bertujuan

.  mengujudkan budaya yang aktif dan proaktif bagi setiap kakitangan dalam jabatan tanpa menunggu arahan dari pihak atasan,

.  menimbulkan buah fikiran / sikap positif dan berdaya saing yang sehat bagi semua kakitangan

.  Ianya juga diharapkan menjadi salah satu kaedah yang diharap membantu jabatan bagi mencapai Visi dan Misi Jabatan Ukur.

SCP berasakan konsep yang sama dengan KKC, hanya ianya berasakan kapada individu, yangmana KKC pula secara berpasukan.Untuk langkah permulan ini, hanya kakitangan bahagian IV kebawah akan dilibatkan, bagi tujuan mengetahui sejauh mana peranan kakitangan bahawan menyumbang pada perjalanan jentera dan kemajuan jabatan. Langkah awal perlaksanaanya telah di buat pada tahun kewangan 2006-2007.

Sebanyak 6 Kriteria dan 6 Gred telah digunakan iaitu;

  • Kriteria 1 Pembaikan Kualiti (40 markah)
  • Kriteria 2 Pembaikan dalam Keselamatan / Kesihatan (40 markah)
  • Kriteria 3A Pengurang Kos setiap Bulan (40 markah)
  • Kriteria 3 B Pembaikan Dalam Kualiti Hasil Perlaksanaan (40 markah)
  • Kriteria 4 Skop Cadangan Boleh Diguna Sama (30 markah)
  • Kriteria 5 Keaslian dan Kebenaran Cadangan (30 markah)
  • Kriteria 6 Perlaksanaan Mengikut Aliran Kerja &
  • Dengan Cara yang Mudah (30 markah)

GRED

JUMLAH MARKAH

1

210-250

2

161-209

3

121-160

4

081-120

5

041-080

6

001-040

Pihak Jawatan Kuasa telah mengeluarkan sebanyak 407 keping borang SCP.

  • pada tahun kewangan 2006-2007
  • Sebanyak 171 cadangan telah diterima
  • Sebanyak 109 tiada cadangan
  • Sebanyak 127 tidak dihantar

Seramai 27 orang telah dicalonkan bagi menerima Anugerah SCP. AJK Pandu dan Urusetia telah memutuskan bahawa sebanyak 6 orang telah dipilih dan berjaya menduduki tempat ketiga teratas. 1 orang tempat pertama, 2 orang tempat kedua dan 3 orang tempat ketiga.

Pemenang pemenang Skim Cadangan Pembaikan bagi tahun Kewangan 2006-2007.

PENCADANG-PENCADANG TERBAIK SCP

Kedudukan

Nama

Cadangan

Markah

1.

Awg. Anuar bin Sawal

Mengad akan Anugerah Kerja Cemerlang Jabatan. Bagi pihak atasan & bawahan mengikut Kategori Masing2. Di beri anugerah Sijil/ Plaq . Ini bagi menghargai mereka.

105

2.

Awg. Dollah bin Hj Md. Umar

Sekiranya ketua pasukan bercuti atau ada hal lain atau sakit maka pelapis inilah yang menjadi pengganti :Cadangan lebih kerap di beri kursus-kursus tertentu dari masa kesemasa , tentang teknik pengukuran dan cara-cara penjagaan alat-alat ukur serta booking F/book dan pemilihan pelapis ditentukan dari pegawai ukur yang dapat dimajukan.

99

2.

Awg. Hj Sanip bin Hj Omar

Memberi hadiah galakan kapada pekerja yg cemerlang pada setiap tahun

99

3.

Awg. Hamidun bin Ismail

Supaya pihak pengurusan untuk memikirkan supaya dapat mengenalpasti satu tempat ruang pejabat yang luas daripada ruang pejabat ukur sekarang. Atau membuat bangunan sendiri unutk menampung perkembangan dalam geometik seperti wawasan jabatan

97

3.

Dyg. Rozyinah binti Hj Patra

Dicadangkan membuatkan satu tatacara pemilihan / pencalonan peserta kursus dan latihan bagi setiap division kakitangan selepas senarai kursus didedahkan atau diberitahu kepada semua kakitangan mengikut bidang kerja masing-masing melalui sebarang media dalamanbagi membantu meningkatkan kualiti ,pengetahuan &kemahiran dan meningkatkan prestasi kerja

97

3.

Dyg. Noormah binti Tuah

Menubuhkan J/kuasa bebas yg mempunyai ciri-ciri amanah, jujur, adil mesra dan berkuasa bagi merahsiakan butir pengadu jika fikiran perlu dgn persetujuan kedua-dua pihak, melaksanakan tindakan berlandaskan cadangan/aduan yg diterima, menjadi org tengah tanpa menyebelahi mana-mana pihak

97

 
     


[ Home ] [Product & Services ] [ Maps ] [ Archive News] [ Contact Us ]
@ Copyright Jabatan Ukur Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam