http://mail.gov.bn

 

 
 
 
 

Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Konvensyen KKC bagi jabatan-jabatan dibawahnya pada Hari Selasa, 7 Jamadilawal 1430h bersamaan dengan 13hb Mei 2008. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato Paduka Awg Hj Mohd. Said bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Hj Hashim (Bahagian Teknikal & Profesional). Sebanyak 7 pasukan menyertai pertandingan tersebut dimana 3 pasukan dari Jabatan Ukur dan 4 pasukan lagi dari Jabatan Kerja Raya.

Kumpulan "MUTU" (Bahagian Kadastral, Jabatan Ukur) telah muncul juara dengan markah 63.95%. Naib juara dengan markah 62.40% telah disandang oleh Kumpulan "PETA" (Bahagian Pemetaan, Jabatan Ukur) dan tempat ketiga disandang oleh Kumpulan "SAEH" (Bahagian Geodetik, Jabatan Ukur) dengan markah 60.63%. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah-hadiah kepada semua kumpulan yang disampaikan oleh tetamu kehormat pada majlis itu.

 
     
 
D0014712
D0014711  
 
D0014714
 
 

Pasukan-pasukan KKC Jabatan yang Berjaya merangkul Johan, Naib Johan dan Ketiga di peringkat Konvensyen KKKC Kementerian Pembangunan. Gambar dari atas kiri menunjukaan johan konvensyan, kumpulan Mutu, naib johan (kanan) kumpulan Peta dan bawah, kumpulan Saeh (ketiga)

 
     


[ Home ] [Product & Services ] [ Maps ] [ Archive News] [ Contact Us ]
@ Copyright Jabatan Ukur Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam