Bandar Seri Begawan - 6 Muharram 1429 bersamaan 15 Januari 2008 , bertempat Dewan Bertabur, Kememterian Pembangunan, Jabatan Ukur salah satu jabatan dibawah Kementerian ini telah mengadakan Konvenysen Kumpulan Kerja Cemerlang bagi Bahagian bahagian dan Cawangan Daerah nya. Majlis ini di hadiri oleh Juruukur Agung selaku tetamu kehormat serta pegawai-pegawai kanan dan kaki tangan Jabatan ukur. Sebanyak 7 Kumpulan mewakili bahagian dan cawangan Daerah masing masing. Kumpulan Kumpulan itu adalah saperti berikut :-
Maju - Cawangan Jabatan Ukur Daerah Belait
Saeh - Bahagian Geodetik
Nadi - Bahagian Pentadbiran
Peta - Bahagian Pemetaan PGS
Mutu - Bahagian Kadastral
Puteri - Cawangan Jabatan Ukur Daerah Tutong
Bijak - Cawangan Jabatan Ukur Daerah Temburong
Pada Konvensyen kali ini, Peta dari Bahagian Pemetaan mendapat tempat pertama manakala Kumpulan Saeh tempat kedua dikuti dengan Kumpulan Mutu tempat ketiga. Ketua hakim memaklumkan bahawa pencapaian pada tahun ini menurun daripada tahun sebelumnya yangmana hanya ditahap gangsa. Disamping itu juga ketua hakim memaklumkan akan kelemahan-kelemahan yang terdapat oleh KKC di abatan Ukur saperti berikut
Kertas kerja yang tidak tersusun
- Minit-minit mesyuarat tidak dibuat dengan betul dan lengkap.
- Beberapa kumpulan tidak menghantar kertas kerja tepat pada waktunya.
- Sukat-sukat dan hasil tidak selaras.
- Ada di antara Pemudah Cara Kumpulan yang tertentu membuat kertas kerja yang menyalahi atika sebenar KKC.
- Kurang Interaksi dan Komunikasi antara Penyalaras, Pemudah Cara dan Ketua Kumpulan.
- Laporan yang dibuat oleh Ketua Kumpulan dan ahli-ahlinya mengenai dengan penglibatan mereka dalam kumpulan adalah bercanggah.
Akhir sekali, Ketua Hakim menyarankan supaya 3 kumpulan sahaja yang akan dihantar bagi mewakili Jabatan di konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Kementerian Pembangunan pada bulan Mei ini. Majlis bersurai diakhiri dengan bacaan doa selamat.