Government Mail

 

 

 

Jabatan Ukur telah mengadakan Majlis Tepung Tawar bagi bot baru pada 8hb Disember 2007. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Juruukur Agung,Awg Hj Mohd Jamil Bin Hj Mohd Ali di Kompleks Pendaratan Ikan,Jabatan Perikanan Serasa.

Penyerahan anak kunci bot telah di serahkan oleh Awg Tan, Pengurus Syarikat Ken & Tan kepada Juruukur Agung. Bot yang diberi nama "SEJAHTERA" yang bernilai B$725,000 akan digunakan bagi tujuan pengukuran hidrografi di luar kawasan pantai.Tetamu yang terdiri daripada wakil jabatan-jabatan kerajaan turut di jemput sama bagi memeriahkan majlis.Tetamu juga berpeluang besiar dengan bot menuju ke Pulau Muara Besar.Bot "Sejahtera" ini akan dilengkapi dengan peralatan sistem hidrografi agar dapat memudahkan kerja-kerja pengukuran.

 


[ Home ] [Product & Services ] [ Maps ] [ Archive News] [ Contact Us ]
@ Copyright Jabatan Ukur Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam