http://mail.gov.bn

 

 
 
 
 

Penghakiman Konvensyen KKC adalah berdasarkan kepada 9 ciri atau kategori seperti berikut:

  • Pengendalian Kumpulan
  • Pemilihan Projek
  • Definisi Masalah
  • Teknik Penganalisaan
  • Tindakan Pembaikan dan Pelaksanaan
  • Pencapaian Keputusan
  • Pempiawaian
  • Penilaian Kumpulan dan Projek Akan Datang
  • Persembahan

.  PENGENDALIAN KUMPULAN

Pada amnya kesemua kumpulan telah dapat melaksanakan mesyuarat dengan baik jika dilihat dari segi peratus kehadiran ahli dan kekerapan mesyuarat diadakan. Penglibatan ahli dalam melaksanakan projek adalah pada tahap baik.

.  PEMILIHAN PROJEK

Tidak semua kumpulan menggunakan Matriks Keputusan. Purata penggunaannya hanya ditahap sederhana sahaja.

Dalam kriteria pemilihan, semua kumpulan yang bertanding membuat kriteria yang hampir sama pada hal projek dipilih adalah berlainan.

Pengunaan Carta Gantt tidak dibentuk dengan sebaiknya dalam merancang dan memantau projek. Sebilangan kumpulan membuatnya hanya untuk persembahan sahaja dan tidak mengambil kira akan kepentingannya.

.  DEFINISI MASALAH

Ada kumpulan mendefinisikan masalah dengan kurang jelas menyebabkan timbulnya kekeliruan dalam pengumpulan fakta dan data yang tidak dapat membantu dalam penganalisaan masalah sebenar. Ini penting supaya kumpulan dapat gambaran mengenai skop projek dengan jelas. Ada Kumpulan membuat defininasi masalah mengunakan erti kata mengikut Kamus Dewan.

Ada kumpulan kurang membentuk sasaran ala kadar sahaja. Data dan tools lain tidak diambil kira dalam menentukan sasaran.

.  TEKNIK PENGANALISAAN

Pada amnya penggunaan PDCA adalah pada tahap baik. Sebilangan kumpulan tidak melakukan pemantauan dan pempiawaian dengan betul.

Penggunaan alat / teknik penganalisaan hanyalah serdahana sahaja seperti Tulang ikan, Carta aliran kerja, Carta Gantt/Perbatuan dan Pareto.

KKC adalah kerja berpasukan akan tetapi kebanyakan kumpulan lemah dalam menganalisis permasalahan secara berkumpulan. Ini ternyata jika dilihat dari kuantiti idea yang terhad hasil dari percambahan fikiran semasa membuat rajah tulang ikan dan pembentukan cadangan penyelesaian. Ada kumpulan menghadkan satu penyelesaian pada satu penyebab.

Teknik pengunaan carta Aliran kerja kurang berkesan kerana tidak menyatakan masa setiap aktiviti. Ia penting bagi projek untuk memfokus kepada proses kerja supaya dapat mengenalpasti di peringkat mana masalah berlaku.

Penggunaan rajah Pareto adalah kurang memuaskan kerana masih ada kumpulan kurang faham dalam pengunaan rajah ini. Rajah pareto ini tidak digunakan dengan sebaiknya seperti tidak mengaitkannya dengan rajah tulang ikan dan analisis-analisis lain.

TINDAKAN PEMBAIKKAN DAN PERLAKSANAAN

Kaedah " Tree Diagram " sangat membantu dalam merangka dan memilih cadangan penyelesaian. Tetapi penggunaan tools ini hendaklah dibuat dengan betul berpandukan teknik-teknik tertentu supaya gambaran keseluruhan cadangan dapat diteliti dengan baik.

Kebanyakkan kumpulan menyelesaikan masalah dengan tidak lengkap dan hanya satu penyelesaian sahaja dilaksanakan bagi punca penyebab-penyebab utama. Punca penyebab utama yang lain tidak dilaksanakan.

Carta gantt bagi perlaksanaan projek (carta gantt 2, Rancang 12) perlu diperbaiki agar teratur dan seragam dengan (carta gantt 1, Rancang 3 ) .

Tempoh Ujicuba harus sesuai atau realistik kerana ditakuti data pencapaian tidak tepat apabila membuat perbandingan data sebelum dan selepas ujikaji.

Teknik pembaikan cadangan penyelesaian menggunakan kaedah Analisa Medan Daya "force field analysis" adalah kurang berkesan kerana ada diantara kumpulan kurang yakin akan pengunaanya.

.  PENCAPAIAN

Semua kumpulan hendaklah memberikan perhatian akan Impaks kepada pelanggan Luaran dan Dalaman (TPOR jika ada). Ini adalah mustahak di dalami bagi menambah nilai.

Semua kumpulan yang tidak menyatakan dengan jelas perbezaan di antara sasaran dan pencapaian ujikaji

.  PEMPIAWAIAN

Pempiawaian perlu diperjelaskan dengan alasan-alasan yang meyakinkan supaya prosedur baru dapat dikekalkan. Pemantauan projek kurang tepat kerana kebanyakan kumpulan masih lagi menggunapakai data ujikaji. Pemantauan hendaklah dijalankan selepas pempiawaian dibuat.

.  PENILAIAN KUMPULAN DAN PROJEK AKAN

Sebilangan besar kumpulan tidak dapat membezakan diantara faedah ketara dan tidak ketara.

Kumpulan kurang mengambil kira masaalah sendiri dan pihak pengurusan seperti kebenaran pihak pengurusan sebelum ujikaji dan permasalahan semasa melaksanakan projek.

Adalah disarankan projek yang cemerlang dan menambah nilai kapada organisasi adalah projek yang sebenar. Sehubungan dengan ini pihak Jawatankuasa pandu Jabatan hendaklah memantau supaya tidak ada projek yang "reverse engineering".

.  PERSEMBAHAN

Penggunaan Audio Visual Aids (AVA) adalah pada tahap baik. Penggunaan alat-alat ini perlu berhati-hati iaitu jangan hanya sekadar menarik perhatian penonton sahaja. Terlalu banyak mengunakan animasi , teks terlalu panjang dan saiz huruf yang kecil, pengunaan background dan teks yang tidak kontras, akan melarikan tumpuan penonton daripada data yang penting.

Ada kumpulan tidak membuat persembahan dengan baik, mungkin disebabkan kurang keyakinan diri, gugup dan kurang bersedia. Perkara ini boleh diatasi melalui kekerapan membuat latihan dan rehearsal.

Pada keseluruhannya persembahan adalah pada tahap baik. Cara penyampaian bagi sebilangan ahli haruslah diperbaiki. Suara lantang dan jelas adalah sebahagian tarikan perhatian penonton. Belajar cara bercakap dan kurangkan membaca.

Dari segi kertas kerja banyak memerlukan pembaikan. Kertas kerja menyumbang 90% markah yang diberikan. Didapati ada kertas kerja yang tidak mengikut format peringkat kebangsaan. Penyelarasan hendaklah dibuat bagi mengelakan pemotongan markah.

SARANAN DARI PIHAK HAKIM KAPADA JAWATANKUASA PANDU.

Mengadakan sessi tertutup sebelum konvensyen sebenar. Tujuannya ialah memudahkan pihak hakim berinteraksi dengan kumpulan yang bertanding. Menegur akan kelemahan dan kesilapan dalam melaksanakan projek, mengikut kaedah kaedah KKC. Ianya juga selaras dengan konvesyen pada peringkat kebangsaan dan sangat membantu ahli-ahli dalam menjawab soalan yang diajukan olih pihak hakim nanti.

Menghantar projek untuk dihakimi hendaklah tidak kurang dari 2 minggu. Ini akan membolihkan para hakim dapat menilai kertas kerja dengan lebih teliti.

Keputusan Konvensyen KKC Jabatan Ukur bagi tahun 2007 adalah saperti berikut;

KEDUDUKAN

KUMPULAN

MARKAH %

JOHAN

PETA

49.15

NAIB JOHAN

SAEH

47.85

KETIGA

MUTU

44.90

 
     


[ Home ] [Product & Services ] [ Maps ] [ Archive News] [ Contact Us ]
@ Copyright Jabatan Ukur Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam