Government Mail

 
 

MUSABAQAH TILAWATIL QURAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1429H/2008M

 
 

Pertandingan Musabaqah Tilawatil Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 1429H / 2008M telah diadakan pada 31 Januari 2009. Pertandingan ini dikelolakan oleh Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi dan telah diadakan di Pusat Da'awah Islamiah Kampung Pulaie.

Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Pembangunan Negara Brunei Darussalam. Tema pada majlis itu ialah 'Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir'

Seramai 4 peserta Qari dan 4 peserta Qariah telah bertanding dalam acara tersebut mewakili beberapa jabatan di bawah Kementerian Pembangunan. Pertandingan tersebut telah dijuarai oleh Yang Mulia Awang Razali bin Ibrahim yang mewakili Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi bagi peserta Qari sementara itu Yang Mulia Dayang Ratinah binti Haji Hidup mewakili Jabatan Ukur telah menjuarai bagi peserta Qariah.

 
 

Dyg Ratinah bte Hj Hidup, johan qariah musabaqah tilawatil Quran antara Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya

 
 

CATATAN KEPUTUSAN MUSABAQAH TILAWATIL QURAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1429H/2008M

PESERTA QARI

Kedudukan

Nama/ Jabatan

Surah/ Ayat

% Markah

1

Awang Razali bin Ibrahim
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi

Al-An'aam
116-123

86

2

Awang Haji Lihan bin Haji Ibrahim
Jabatan Perancang Bandar dan Desa

Hud
61-73

83

3

Awang Haji Abdullah bin Haji Matali
Jabatan Kemajuan Perumahan

Al-Baqarah
263-268

79

4

Awang Haji Abas bin Haji Mahrup
Jabatan Ukur

Yusuf
7-19

NA

 

PESERTA QARIAH

Kedudukan

Nama/ Jabatan

Surah/ Ayat

% Markah

1

Dayang Ratinah binti Haji Hidup
Jabatan Ukur

Hud
61-73

86.5

2

Dayang Hajah Aminah binti Haji Abd Rahman
Jabatan Perkhidmatan Teknikal, JKR

Al-An'aam
116-123

71.5

3

Dayang Bilkis Sa'ar binti Haji Kabri
Jabatan Tanah

Yunus
26-36

70

4

Dayang Hajah Nooraini binti Haji Lamit
Jabatan Perkhidmatan Air, JKR

Al-A'raaf
171-179

NA

 


[ Home ] [Product & Services ] [ Maps ] [ Archive News] [ Contact Us ]
@ Copyright Jabatan Ukur Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam