Seperti ditahun tahun sebelum ini, Jabatan Ukur telah pun mengadakan majlis serupa di bulan Ramadan tahun 1428H bersamaan dengan 9 Oktober 2007. Majlis telah diadakan di kediaman Juruukur Agung di Kampung Manggis bermula 4.30 petang dan diselajurkan dengan majlis berbuasa.
Lebih kurang 100 orang kakitangan dari Jabatan ini telah turut hadir di majlis tersebut. Majlis dimulai dengan membaca tahtim seterusnya bertahlil sebelum berbuka puasa. Acara dipimpin oleh Awg Hj Bostamam bin Hj Abu Bakar.
Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Hj Tamin bin Nudin yang juga bekas pegawai dari Jabatan Ukur yang telah bersara. Majlis pada petang tersebut diakhiri dengan menikmati Jamuan. Jabatan Ukur mengucapkan ribuan terima kasih kepada Juruukur Agung dan juga jawatankuasa kerana telahmenjayakan majlis ini dan juga diatas kerjasama yang diberikan termasuklah kepada penderma sama ada dari segi kewangan, tenaga dan makanan minuman atau sebagainya. InshaAllah majlis yang sama akan diadakan ditahun tahun yang akan datang.