Government Mail

 
 

KURSUS LATIHAN HAND HELD GPS

 
 

Pada 11hb dan 12 hb Februari 2009, Satu sesi kursus pengunaan alat GPS dan pembacaan peta telah di adakan selama 2 hari di Pusat Ujian Kemahiran dan Latihan Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur. Seramai 28 orang perserta telah mengikuti kursus tersebut.

Tujuan kursus diadakan adalah bagi memberi pengetahuan asas bagaimana cara mengubah setting dan pengunaan alat tersebut, semasa menjalankan tugas seharian. Selain dari itu peserta juga dapat mengetahui kedudukan didalam peta dan didalam pelan R.S.O lokasi atau kawasan tempat yang di cari setelah diplot.

Selain dari itu peserta kursus juga berpeluang belajar mengunaan alat tersebut dalam format NEI Grid ( Netherland East Indes).

 
 

Peserta-peserta kursus dibahagi kepada lima kumpulan mula mencuba

alat GPS dan menunggu isyarat penerimaan satellite sebelum mencari tempat lokasi yang telah di masukan data lokasi latitude dan longitude di dalam alat tersebut.

 

 
 

Gambar diatas menunjukkan peserta kursus mencari kedudukan tanda yang telah di masukan kedalam alat GPS (Kodinit Latitude dan Longitude) dan mengunakan 'Go To' untuk mencari kedudukan di tanah.

 
 

Beberapa kumpulan berpasukan telah berjaya menuju dan mencari tempat kedudukan tanda yang sebenarnya seperti yang ditanda didalam gambar diatas.

 
     


[ Home ] [Product & Services ] [ Maps ] [ Archive News] [ Contact Us ]
@ Copyright Jabatan Ukur Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam