http://mail.gov.bn

 

 
 
 
 

 

Oleh : Hajah Noordina bte Haji Abd Jalil

Pada hari Khamis - 24hb. April, 2008 bersamaan dengan 17 Rabiulakhir 1429 Hijrah , bertempat di Dewan Betabur Kementerian Pembangunan telah berlangsung majlis meraikan pegawai dan kakitangan yang akan bersara dan berpindah . Majlis ini dipengerusikan bersama oleh Juruukur Kanan Bahagian Kemajuan Tanah Awang Haji Murni bin Haji Abdul Rahim dan Juruukur Unit Pemeliharaan Awang Haji Hasbi bin Haji Jamudin dari Bahagian Pentadbiran Jabatan Ukur Daerah Brunei Muara . Tetamu Kehormat Majlis pada hari itu Yang Mulia Juruukur Agung , Awang Haji Mohd Jamil bin Haji Mohd Ali. Turut hadir Timbalan Juruukur Agung , Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kassim , Penolong Juruukur Agung , Awang Arefin bin Haji Jaya, Pegawai-Pegawai Kanan serta Kakitangan Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Kemajuan Tanah khususnya .

Pegawai dan kakitangan yang akan bersara ialah Awang Puasa bin Burut ( Bahagian Kemajuan Tanah) dan Awang Haji Shair bin Haji Abu Bakar (Unit Pemeliharaan , Pentadbiran). Manakala yang berpindah ialah Awang Haji Mahali bin Haji Janudin dan Awang Jasni bin Maidin@Ali kedua-keduanya dari Bahagian Pentadbiran .

 
 
Awang Puasa bin Burut ( Bersara )
Jawatan : Juruukur
Pingat
/ Bintang : PIKB (1996), PKL (1998), PSB (2005), PJK (2008)
Lama Perkhidmatan : 18/12/1974 - 25/05/2008
 
     
 
Awang Haji Shair bin Haji Abu Bakar ( Bersara )
Jawatan
: Juruukur Teknik Kanan
Pingat
/ Bintang : PIKB (1990), PKL (1998), PSB (2007)
Lama Perkhidmatan : 05/06/1975 - 17/07/2008
 
     
 
Awang Haji Mahali bin Haji Janudin ( Berpindah )
Jawatan
: Penyelenggara Stor Tkt. I
Pingat
/ Bintang : PIKB (1999), PKL (2005)
Lama Perkhidmatan : 01/11/1989 - 30/04/2008

Tarikh
Berpindah : 01/05/2008 ( Jabatan Kerja Raya)
 
     
 
Awang Jasni bin Maidin @Ali ( Berpindah )
Jawatan
: Penyelenggara Stor Tkt. I
Lama Perkhidmatan : 23/08/1997 - 30/045/2007

Tarikh
Berpindah : 02/05/2007 ( Jabatan Pentadbiran Dan Kewangan , Kementerian Kesihatan )
 
     
 

Majlis didahului dengan bacaan Surah Al- Fatihah yang diketuai oleh Awang Haji Zulfikri bin Haji Mohd Salleh dari Bahagian Kemajuan Tanah, ucapan-ucapan dari mereka yang akan bersara , ucapan dari Timbalan Juruukur Agung , Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kassim , ucapan dari Juruukur Agung , Awang Haji Mohd Jamil bin Haji Mohd Ali selaku Tetamu Kehormat Majlis serta penyampaian sijil-sijil dan cenderahati kepada mereka-mereka yang bersara dan berpindah oleh Tetamu Kehormat Majlis . Dan tidak lupa penyampaian cenderahati kenangan kepada ahli-ahli BAUKUR yang bersara dan berpindah oleh Timbalan Juruukur Agung dan majlis juga diserikan dengan tayangan slaid ( gambar-gambar lama) semasa mengikuti latihan dan aktiviti-aktiviti pejabat .

Ucapan Awang Puasa bin Burut pada hari itu menyentuh tentang banyak perkembangan dan kemajuan yang telah Jabatan Ukur capai sepanjang tempoh beliau berkhidmat selama 33 tahun , diantaranya adalah Jabatan Ukur telah membuktikan kewibawaanya kerana salah sebuah Jabatan Kerajaan pertama yang menerima Persijilan ISO. Dalam perkembangan teknologi baru telah memberi kesan yang positif dan menyumbang kepada pegawai serta kakitangan yang berpengelaman , berkemahiran , serba boleh , cekap , amanah dan berdisiplin dalam memajukan Jabatan ini . TPOR tambah beliau telah dapat mengurangkan sunggutan orang ramai dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik . Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) pula dijangka akan dapat menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti . Didalam bidang sukan dan keagamaan yang dikendalikan oleh Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, Jabatan Ukur Sering mendapat Juara disetiap acara yang disertainya tidak terkecuali KKC. Akhirnya beliau memohon maaf kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur jika ada kesalahan perbuatan dan tutur kata dan beliau mendoakan semoga Jabatan Ukur akan sentiasa maju dan akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik .

Turut memberi ucapan pada pagi itu , Timbalan Juruukur Agung Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kassim yang mana beliau menyifatkan Jabatan Ukur adalah sebagai " bunga " yang diperlukan oleh " kupu-kupu " yang bermaksud agensi-agensi Jabatan lain yang memerlukan khidmat maklumat tanah dari Jabatan Ukur yang kemaskini yang membawa kepada penghasilan negara jua . Timbalan Juruukur Agung juga menekankan pentingnya seorang pekerja itu kepada Jabatan dan pada yang bersara akan sentiasa dipeduli dan diraikan kerana mereka juga adalah aset kepada Jabatan kerana tanpa mereka Jabatan tidak akan maju . Sebagai mewakili Bahagian Pentadbiran Jabatan Ukur beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada yang bersara kerana telah menyumbangkan khidmat demi Jabatan Ukur dan tahniah kepada yang berpindah atas kejayaan naik pangkat supaya akan terus maju .

Dalam ucapan Juruukur Agung , Awang Haji Mohd Jamil bin Haji Mohd Ali selaku Tetamu Kehormat Majlis , menyentuh tentang pelancaran "Brunei Spatial Data Infrastructure" (BSDI) adalah satu cabaran bagi Jabatan Ukur supaya dapat menyahut dan menerima seruan dari Yang Berhormat Menteri Pembangunan dalam memberi perkhidmatan seperti apa yang dikehendaki . Juruukur Agung juga memaklumkan Jabatan telah membenarkan kepada mana-mana pegawai yang ingin mengambil peperiksaan " Juruukur Tanah Berlesen " boleh memohon untuk peperiksaan tersebut dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tidak perlu menunggu masa sesudah bersara . Tahniah dan syabas kepada yang bersara dan berpindah kerana telah berkhidmat selama ini , jasa baik mereka akan tetap dikenang . Jabatan Ukur akan sentiasa mengalu-alukan mereka ke Jabatan ini meskipun mereka telah bersara .

Majlis Bersara / Berpindah yang serba sederhana pada hari itu diakhiri dengan majlis bergambar ramai dan bacaan doa selamat .

 


[ Home ] [Product & Services ] [ Maps ] [ Archive News] [ Contact Us ]
@ Copyright Jabatan Ukur Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam